Peraturan sukan Bola_tampar

Gambar rajah skematik gelanggang.

Dimensi gelanggang

Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter yang dibahagikan suatu jaring kepada dua segi empat sama yang lebarnya 1 meter. Jaring gelanggang berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah gelanggang bagi peringkat lelaki dan 2.24 meter bagi peringkat perempuan. Kelegaan tinggi (height clearance) minimum untuk gelanggang jenis tertutup yang dicadangkan ialah sebanyak 7 m, namun ketinggian melebihi 8 m juga disyorkan.

Bola

Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Fédération Internationale de Volleyball, FIVB) menetapkan bahawa bola yang digunakan harus:[3]

  • berbentuk sfera,
  • diperbuat daripada kulit haiwan semulajadi atau sintetik,
  • berukur lilit sebanyak 65–67 sm,
  • mempunyai berat sebanyak 260–280 g, dan,
  • mempunyai tekanan dalaman antara 0.30–0.325 kg/sm2.

Pengambilan mata

Apabila bola menyentuh lantai dalam lingkungan gelanggang atau silap servis dibuat, pasukan yang berlawanan diberikan satu mata sama ada mereka membuat servis atau sebaliknya. Bola dikira masuk jika ia menyentuh garisan. Pasukan yang memenangi satu mata selepas membuat servis dapat membuat servis pembuka pada pusingan setersnya. Jika pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis pada mata yang sebelumnya, maka pasukan yang menservis akan menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Permainan akan berterusan sehingga mana-mana pasukan meraih 25 mata dahulu seterusnya memenangi set. Perlawanan mempunyai lima set di mana set terakhir dimainkan sehingga 15 mata diraih dahulu dari mana-mana pasukan.